"Malaysia mempunyai kadar pesakit kencing manis yang tertinggi di Asia dan merupakan salah satu yang tertinggi di dunia, seperti Arab Saudi, dengan 2.5 juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit ini."

Datuk Dr Mustaffa Embong, Pengerusi Executive Institut Kencing Manis Nasional (NADI).

Apa itu Kencing Manis?

Kencing manis adalah penyakit dimana pankreas tidak lagi mengeluarkan insulin, ataupun apabila badan tidak boleh menggunakan insulin yang dihasilkan oleh badan.

Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas, membolehkan glukosa dari makan disalurkan dari darah ke sel di badan untuk menghasilkan tenaga. Kesemua makanan berkarbohidrat akan ditukar menjadi glukosa dalam darah, Insulin membantu menyalurkan glukosa dari darah ke sel - sel. Apabila badan tidak menghasilkan insulin atau tidak dapat menggunakan insulin dengan baik, tahap glukosa dalam darah akan meningkat (dikenali sebagai hiperglikemia). Semakin lama, tahap glukosa yang tinggi dalam darah dikaitkan dengan kerosakkan kepada badan dan kegagalan fungsi organ serta tisu kita.

Jenis Kencing Manis?

Kencing Manis Jenis 1
Ini biasanya disebabkan tindak balas auto-imun dimana sistem pertahanan badan kita menyerang sel - sel yang menghasilkan insulin. Pesakit dengan kencing manis jenis 1 tidak menghasilkan insulin ataupun dalam jumlah yang amat kecil. Penyakit ini biasanya ditemui pada kanak - kanak ataupun orang dewasa yang muda. Pesakit kencing manis jenis ini perlukan suntikan insulin setiap hari bagi mengawal tahap glukosa dalam darah.
Kencing Manis Jenis 2
Juga dikenali sebagai diabetes jenis dewasa, menyumbang kira-kira 90% daripada semua kes diabetes. Ia dikenalpasti apabila kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan kekurangan insulin relatif, sama ada atau kedua-duanya ada pada masa diabetes didiagnosis.Diabetes Jenis 2 boleh berlaku pada sebarang usia. Pesakit mungkin mengalami Diabetes Jenis 2 selama bertahun-tahun tanpa simptom dan hanya dikesan apabila ujian darah atau air kencing dilakukan sekiranya berlaku komplikasi. Penyakit kencing manis biasanya (tetapi tidak semestinya) dikaitkan dengan berlebihan berat badan atau obes, kerana berlebihan berat badan atau obesiti boleh menyebabkan kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan menyebabkan paras gula darah tinggi.
Kencing Manis Semasa Mengandung (GDM)
sejenis diabetes yang terdiri daripada paras glukosa darah tinggi semasa hamil, ia berkembang dalam satu daripada 25 kehamilan di seluruh dunia dan dikaitkan dengan komplikasi kepada ibu dan bayi. GDM biasanya hilang selepas mengandung tetapi wanita dengan GDM dan anak-anak mereka berisiko tinggi. Kira - kira setengah daripada wanita dengan sejarah GDM menghidapi kencing manis jenis 2 dalam masa 5 hingga 10 tahun selepas bersalin.

Faktor Risiko

Faktor risiko bagi kencing manis jenis 1 masih lagi dikaji. Jika salah seorang ahli keluarga menghidap kencing manis tahap satu, ini akan meningkatkan lagi risiko penyakit ini. Faktor alam sekitar dan pendedahan kepada jangkitan virus juga dikaitkan dengan risiko menghidapi kencing manis jenis 1. Beberapa faktor risiko yang dikaitkan dengan kencing manis jenis 2 termasuk:
  • Sejarah keluarga dengan penyakit kencing manis
  • Lebih berat badan / obes
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kurang aktiviti fizikal
  • Peningkatan Usia
  • Tekanan darah tinggi
  • Kaum
  • Sejarah kencing manis semasa mengandung (GDM)
  • Pemakanan yang tidak baik semasa mengandung

Komplikasi Kencing Manis

Pesakit kencing manis mempunyai risiko yang lebih tinggi dalam mendapat masalah kesihatan yang serius. Tahap glukosa yang selalunya tinggi dalam darah boleh menyebabkan penyakit serius yang menjejaskan jantung dan saluran darah, mata, buah pinggang, saraf dan gigi. Tambahan lagi, pesakit kencing manis juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mempunyai jangkitan. Hampir di semua negara berpendapatan tinggi, penyakit kencing manis merupakan penyebab utama untuk penyakit kardiovaskular, kebutaan, kegagalan fungsi buah pinggang dan pemotongan bahagian badan bawah.

Pengekalan tahap glukosa dalam darah, tekanan darah dan kolesterol hampir kepada normal boleh membantu melewatkan atau mencegah komplikasi kencing manis. Oleh itu, pesakit kencing manis haruslah dipantau selalu.

Gejala/Simptom

Gejala kencing manis berbeza - beza bergantung kepada berapa tinggi tahap glukosa dalam darah anda. Sesetengah orang, terutamanya dengan kencing manis jenis 2, mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala pada permulaannya.

  • Kerap Dahaga
  • Kerap ingin kencing
  • Kelaparan yang melampau
  • Berat badan yang turun tanpa sebab
  • Ketone dalam kencing (Ketone dihasilkan apabila otot dan lemak dipecahkan kerana insulin yang tidak mencukupi)
  • Keletihan
  • Cepat marah
  • Penglihatan yang kabur
  • Luka yang lambat sembuh
  • Jangkitan yang kerap, seperti gusi atau kulit dan jangkitan faraj
diabetes-reverse-ftr (1)
Pencegahan Kencing Manis

Kencing Manis Jenis 1 tidak dapat dicegah. Tetapi, adalah dinasihatkan kepada pesakit pra-kencing manis, kencing manis jenis 1, kencing manis jenis 2 dan kencing manis semasa mengandung supaya mengikuti cadangan pemakanan yang sihat:

Pilih air kosong, kopi atau teh sebagai ganti jus buah, minuman ringan atau minuman manis yang lain.
Sekurang - kurangnya 3 hidangan sayuran setiap hari, termasuk sayuran berdaun hijau.
Makan 3 hidangan buah - buahan setiap hari.
Makan kacang, buah - buahan ataupun yogurt kurang manis sebagai snek.
Hadkan pengambilan alkohol kepada 2 minuman sehari.
Pilih nasi, pasta atau roti gandum berbanding nasi, pasta atau roti putih.
Pilih lemak tidak tepu seperti minyak zaitun, minyak canola, minyak jagung atau minyak bunga matahari berbanding lemak tepu seperti mentega, ghee, lemak haiwan, minyak kelapa atau minyak kelapa sawit.

** Adalah disyorkan supaya selalu menjalankan pemeriksaan bagi pengesanan awal dan pencegahan serta komplikasi kencing manis.

Rawatan Kencing Manis

Pengetahuan tentang kencing manis, rawatannya dan strategi mencegah bertambah setiap hari. Rawatan bertujuan untuk megekalkan tahap glukosa dalam darah hampir kepada normal pada setiap masa. Rawatan mestilah khusus terhadap setiap individu dan haruslah mengambil kira isu perubatan, psikososial dan gaya hidup.

Rawatan bagi kencing manis jenis 1
Kekurangan penghasilan insulin oleh pankreas menyebabkan kencing manis jenis 1 sukar dikawal. Rawatanya termasuk pengawalan jumlah makanan dengan teliti, akitiviti fizikal yang, ujian glukosa dan suntikkan insulin setiap hari.
Rawatan kencing manis jenis 2
Rawatan termasuk pengawalan pemakanan, senaman, ujian glukosa darah dirumah dan dalam sesetengah kes, perlu makan ubat atau suntikkan insulin. Kira - kira 40% pesakit kencing manis jenis 2 memerlukan suntikkan insulin.

Untuk maklumat lanjut tentang pemeriksaan kencing manis dan pengurusannya, diminta berunding dengan doktor anda atau hubungi kami untuk keterangan lanjut. Anda juga boleh semak pakej kami disini.