Nama Vaksin

: Vaksin COVID-19 CoronaVac (Sinovac). 

Harga

: RM350 untuk 2 dos (harga termasuk vaksinasi dan barangan pakai
  buang)

Tempat

: Wisma LifeCare, Jalan Kerinchi, Bangsar South, Kuala Lumpur

Masa Operasi untuk Vaksinasi

: Isnin – Jumaat (8am – 5pm)
  Sabtu (8am – 1pm)
*Sila buat janji temu terlebih dahulu

Nama Vaksin

Vaksin COVID-19 CoronaVac (Sinovac). 

Harga

RM350 untuk 2 dos (harga termasuk vaksinasi dan barangan pakai buangh

Tempat

  • Wisma LifeCare, Jalan Kerinchi, Bangsar South, Kuala Lumpur

Masa Operasi untuk Vaksinasi

Isnin – Jumaat  (8am – 5pm) 

Sabtu (8am – 1pm)

 *Sila buat janji temu terlebih dahulu

Jika anda pernah mempunyai alahan yang teruk atau tergolong daripada salah satu golongan berisiko tinggi (rujuk FAQ untuk vaksin COVID-19, No 5), sila berjumpa dengan doktor atau pakar perubatan anda dan bawa bersama Slip “Penilaian Kesesuaian Menerima Vaksin COVID-19 Bagi Pesakit Dengan Masalah Kesihatan Tertentu”.

Wisma LifeCare, Jalan Kerinchi, Bangsar South, Kuala Lumpur. 

Panduan Ke Sini:

  1. Melalui kereta : Gunakan Google Maps atau Wazee
  2. Gunakan perkhidmatan e-hailing: “Hendak Ke Mana?” – Lifecare Diagnostic Medical Centre
  3. Gunakan perkhidmatan pengangkutan awam: LRT Kelana Jaya Line
    1. Stesen KL Gateway – Universiti – 550m | 5 min
    2. Kerinchi Station – 1.3KM |6 min

Lokasi Parkir:

  1. Wisma LifeCare
    1. Parkir Basement 1 (terhad kepada 85 ruang)
    2. Parkir Basement 2 (trhad kepada 35 ruang)
  2. Invito Hotel (Capri by Fraser) – 65m |1 min
  3. Nexus Bangsar South – 360m |2 min

Jika anda berkerusi roda:

  1. Wisma LifeCare
    1. Drof-off di Pintu Utama
    2. Parkir khas untuk pemandu bekerusi roda – Basement 1 (terhad kepada 2 ruang)
  1. Apa Perlu Saya Lakukan?
      • Pembelian hanya dibenarkan kepada syarikat korporat. Semua butiran pembelian mestilah dibawah nama syarikat yang sah. LifeCare berhak membatalkan mana-mana pembelian vaksin COVID-19 jika dibeli bukan atas nama syarikat yang sah atau pembelian individu.
      • Pembelian 2 dos (seorang) untuk Vaksin COVID-19 CoronaVac (Sinovac) pada RM350 (harga termasuk vaksinasi dan barangan pakai buang)
        • Setiap transaksi vaksin COVID-19  terhad kepada 100 dos (50 orang) sahaja.
        • Janji temu vaksinasi hendaklah dibuat selewatnya 14 hari dari tarikh pembelian untuk dos pertama.
        • Dos pertama hendaklah divaksinasi sepanjang 90 hari dari tarikh pembelian. LifeCare akan pastikan slot janji temu anda tersedia selewatnya 30 hari dari tarikh pembelian.
        • Janji temu vaksinasi untuk dos kedua akan diberikan secara automatik berpandukan tarikh dos pertama.
        • Anda dibenarkan sekali sahaja peluang untuk menukar tarikh janji temu dos pertama, sehari sebelum tarikh janji temu.
        • Semua pembelian vaksinasi adalah terhad kepada pembelian dalam talian SAHAJA (pembelian di kaunter/ hadir tanpa janji temu adalah TIDAK dibenarkan)
      • Membuat janji temu
        1. Invois dan pautan janji temu akan diberikan selepas pembayaran dibuat melalui emel.
        2. Info yang diperlukan semasa membuat janji temu:
          • Nama penuh (seperti di dalam kad pengenalan/ pasport)
          • ID MySejahtera
          • Nombor telefon
          • Emel
          • Nombor kad pengenalan/ pasport
          • Kewarganegaraan
          • Tarikh lahir
          • Jantina
          • Status perkahwinan
          • Kontak kecemasan
          • Nama penuh & kad pengenalan Ibu Bapa/ Penjaga (jika berumur 12-17 tahun)
        3. Anda ditegaskan untuk mengikut tarikh dan masa janji temu. Sila hadir ke pusat vaksinasi 15 minit sebelum masa janji temu.
        4. Sila hubungi +60322413610 untuk pertanyaan lanjut
  2. Apa Perlu Saya Bawa?
        1. Kad pengenalan asal atau pasport
        2. 2 salinan bercetak Consent Form
        3. Jika anda mempunyai sebarang kondisi kesihatan, sila bawa bersama surat doktor atau rekod kesihatan dari doktor, serta senarai ubat-ubatan anda.
        4. Jika anda pernah mempunyai alahan yang teruk atau tergolong daripada salah satu golongan berisiko tinggi (rujuk FAQ untuk vaksin COVID-19, No 5), sila berjumpa dengan doktor atau pakar perubatan anda dan bawa bersama Slip “Penilaian Kesesuaian Menerima Vaksin COVID-19 Bagi Pesakit Dengan Masalah Kesihatan Tertentu”.
  3. Apa Perlu Saya Pakai?
      • Anda boleh memakai kemeja-T berlengan yang mudah dilipat untuk suntikan vaksin
      • Kami sarankan anda untuk membawa jaket bagi mengelakkan kesejukan sementara menunggu

4. Apa Perlu Saya Jangka?

    • Sila pastikan anda tidak hadir ke pusat vaksinasi dengan perut kosong
    • Anda ditegaskan untuk mengikut tarikh dan masa janji temu. Sila hadir ke pusat vaksinasi 15 minit sebelum masa janji temu.
    • Semasa ketibaan, sila ke Ground Floor, Pusat Vaksinasi LifeCare:
      • Saringan suhu badan & pengesahan janji temu
      • Penilaian kesihatan & pengesahan Borang Persetujuan Vaksin
      • Pendaftaran (QR kod pada Consent Form), vaksinasi & pemerhatian
      • Sijil Vaksinasi
  1. Bolehkah seseorang dijangkiti COVID-19 selepas menerima vaksin? 
    Tidak. Vaksin yang telah diluluskan tidak mempunyai komponen hidup virus SARS COV-2, maka ianya tidak boleh menyebabkan jangkitan COVID-19. Vaksin akan merangsang tindak balas imun badan agar mengenali dan melawan virus jika dijangkiti kelak.
  2. Siapakah yang perlu mengambil vaksin COVID-19?
    • Individu berumur 18 tahun dan ke atas
    • Kementerian Kesihatan Malaysia telah meluluskan pemberian vaksin CoronaVac (Sinovac) kepada individu berumur 12 hingga 17 tahun.
    • Individu yang mengalami kondisi di bawah (berisiko tinggi untuk mengalami simptom COVID-19 yang teruk):
      • Kencing manis jenis I dan jenis II
      • Obesiti (BMI >40 bersama penyakit berkaitan obesiti)
      • Penyakit darah tinggi
      • Kadar kolesterol tinggi dalam darah
      • Penyakit jantung (kongenital, fibrilasi atrium, penyakit koronari arteri & lemah jantung)
      • Penyakit paru-paru (asma, penyakit pulmonari obstruktif kronik)
      • Penyakit buah pinggang kronik (tahap 3-5, menjalani dialisis)
    • Vaksinasi adalah selamat dan disyorkan untuk:
      • Selepas kesakitan akut: Demam (selepas pulih  2 minggu)
      • Vaksin jenis lain (selepas 2 minggu vaksinasi)
      • Alahan ringan (makanan, ubatan, gigitan serangga – ruam, gatal dan bengkak)
      • Pesakit HIV (keadaan stabil)
      • Pernah dijangkiti COVID-19 (3-6 bulan selepas pulih)
    • Vaksin COVID-19 CoronaVac (Sinovac) sesuai untuk ibu mengandung antara 14-33 minggu dan sesuai untuk ibu menyusu. Sila berbincang dengan doktor anda jika anda mempunyai sebarang kebimbangan
  3. Apakah kesan sampingan yang mungkin berlaku selepas mengambil vaksin COVID-19? Adakah seseorang akan mengalami kesakitan?
    Kesan sampingan vaksin termasuk sakit, kemerahan, bengkak dan kegatalan di tempat suntikan. Sesetengah orang akan mengalami reaksi di tempat suntikan selepas 1-2 hari, akan tetapi ianya akan pulih dengan sendiri. Kesan sampingan lain termasuk keletihan, sakit kepala, demam, kesejukan, sakit di bahagian otot atau sendi, loya dan muntah. Kebanyakan orang akan mengalami kesan sampingan sederhana teruk selepas dos kedua.
  4. Adakah kesan sampingan petanda yang baik?
    Kesan sampingan adalah sebahagian dari tindak balas imun badan terhadap vaksin. Bagaimanapun, setiap orang menunjukkan tindak balas yang berbeza, maka ketiadaan kesan sampingan tidak bermakna vaksin tidak berfungsi.
  5. Sila berjumpa dengan doktor atau pakar peubatan anda – Slip “Penilaian Kesesuaian Menerima Vaksin COVID-19 Bagi Pesakit Dengan Masalah Kesihatan Tertentu”. 
    • Jika anda mempunyai alahan dan tidak pasti tahap keterukan
    • Jika anda tergolong dalam salah satu golongan berisiko tinggi di bawah:
      • Penyakit berkaitan darah
        • Sedang mengambil ubat yang mengakibatkan pendarahan atau mengganggu proses pembekuan darah
        • Pesakit hemofilia
        • Sedang dalam rawatan susulan untuk kadar platelet rendah
        • Sedang dalam pemerhatian untuk pengambilan ubat cair darah dan dalam rawatan susulan
      • Tahap imun sistem yang rendah disebabkan kondisi kesihatan atau rawatan
        • Pesakit barah yang sedang dalam rawatan
        • Individu yang pernah menerima pemindahan organ
        • Individu yang mempunyai jangkitan HIV kronik 
        • Individu yang mengambil imunosupresan
        • Individu berpenyakit autoimun (SLE, artritis reumatoid yang mengambil ubat tertentu)
      • Alahan teruk, anafilaksis *
        • Terhadap vaksin, ubat-ubatan yang terkandung polyethylene glycol (PEG) or polysorbate
        • Tidak pasti punca
        • Selepas 72 jam menerima ods pertama vaksin COVID-19

*anda akan menerima suntikan vaksin COVID-19 di Hospital untuk kemungkinan reaksi teruk selepas vaksinasi.

  1. Siapakah yang boleh diberikan Vaksin COVID-19 CoronaVac (Sinovac)?   
    • Individu berumur 18 tahun dan ke atas
    • Kementerian Kesihatan Malaysia telah meluluskan pemberian vaksin CoronaVac (Sinovac) kepada individu berumur 12 hingga 17 tahun.
  2. Siapakah yang tidak boleh diberikan Vaksin COVID-19 CoronaVac (Sinovac)?
    • Vaksin CoronaVac tidak boleh diberikan kepada individu:
      • yang mempunyai reaksi alahan kepada mana-mana bahan dalam vaksin ini (Aluminium hydroxide, disodium hydrogen phosphate, monosodium dihydrogen phosphate, sodium chloride, sodium hydroxide); 
      • yang mengalami penyakit neurologi yang serius (e.g. transverse myelitis, Guillain-Barré syndrome, demyelinating diseases); 
      • yang mengalami penyakit kronik yang tidak terkawal; 
  3. Bagaimanakah Vaksin COVID-19 CoronaVac (Sinovac) diberikan?
    • Vaksin CoronaVac disuntik pada otot deltoid di lengan dan diberi sebanyak dua (2) dos, berselang 21 hari setelah dos pertama. 
  4. Apakah yang perlu saya lakukan selepas suntikan?
    • Anda akan diminta untuk menunggu selama 15-30 minit selepas suntikan untuk memantau tindak balas vaksin
    • Sila maklumkan ke pegawai medikal yang bertugas atau dapatkan rawatan kecemasan jika anda mengalami simptom-simptom berikut:
      • Kesukaran bernafas
      • Pembengkakan di muka, bibir dan tekak yang teruk
      • Denyutan jantung yang laju
      • Ruam yang sangat teruk di seluruh badan
      • Lemah badan dan pening
    • Jika perlu, anda dibolehkan mengambil Paracetamol
    • Anda harus terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan. Amalkan 3W (Wash, Wear, dan Warn) dan elakkan 3S (kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
    • Sila maklumkan jika anda mempunyai kesan sampingan  selepas mengambil suntikan vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera atau maklumkan ke klinik atau hospital terdekat untuk menerima rawatan segera. Anda juga boleh maklumkan ke laman sesawang www.npra.gov.my
  5. Apakah kesan sampinagn Vaksin COVID-19 CoronaVac (Sinovac)
 Tempat SuntikanUmum
Sangat biasa (≥1/10)SakitLemah badan, sakit kepala
Biasa (≥ 1/100 ke <1/10)Kemerahan, bengkak, kegatalan, kerasSakit otot, loya, cirit-birit, sakit sendi, batuk, menggigil, kegatalan,  hilang selera makan, selsema, sakit tekak, hidung tersumbat, sakit perut
Jarang (≥ 1/1,000 ke <1/100)Terasa panasMuntah, hipersensitiviti, keadaan kulit dan membran mukus yang tidak normal, demam. Menggigil, memerah, bengkak, pening, mengantuk
Sangat jarang  (≥ 1/10,000 ke <1/1,000)Kekejangan otot, bengkak kelopak mata, pendarahan hidung, kembung, sembelit, rasa bau yang berkurang, mata kemarahan, merah kepanasan, cegukan, mata kemerahan

Kemungkinan:
Sangat biasa (≥1/10)

Lokal (tempat suntikan):
Sakit

Umum:
Lemah badan, sakit kepala

Kemungkinan:
Biasa (≥ 1/100 ke <1/10)

Lokal (tempat suntikan):
Kemerahan, bengkak, kegatalan, keras

Umum:
Sakit otot, loya, cirit-birit, sakit sendi, batuk, menggigil, kegatalan,  hilang selera makan, selsema, sakit tekak, hidung tersumbat, sakit perut

Kemungkinan:
Uncommon (≥ 1/1,000 to <1/100)

Lokal (tempat suntikan):
Terasa panas

Umum:
Muntah, hipersensitiviti, keadaan kulit dan membran mukus yang tidak normal, demam. Menggigil, memerah, bengkak, pening, mengantuk

Kemungkinan:
Sangat jarang  (≥ 1/10,000 ke <1/1,000)

Lokal (tempat suntikan):

Umum:
Kekejangan otot, bengkak kelopak mata, pendarahan hidung, kembung, sembelit, rasa bau yang berkurang, mata kemarahan, merah kepanasan, cegukan, mata kemerahan

 Untuk maklumat lanjut,

  1. Anda ditegaskan untuk mengikut tarikh dan masa janji temu. Sila hadir ke pusat vaksinasi 15 minit sebelum masa janji temu.
  2. Setiap transaksi vaksin COVID-19 terhad kepada 100 dos (50 orang) SAHAJA.
  3. Anda diminta untuk membuat janji temu vaksinasi dalam 14 hari selepas tarikh pembelian, pautan janji temu (pada emel) akan luput selepas 14 hari.
  4. Anda mesti melengkapkan dos pertama vaksinasi dalam masa 90 hari selepas tarikh pembelian. LifeCare akan pastikan slot janji temu tersedia dalam 30 hari selepas tarikh pembelian.
  5. Janji temu vaksinasi untuk dos kedua akan diberikan secara automatik berpandukan tarikh dos pertama.
  6. Anda dibenarkan sekali sahaja peluang untuk menukar tarikh janji temu dos pertama, sehari sebelum tarikh janji temu.
  7. Semua pembelian vaksinasi adalah terhad kepada pembelian dalam talian SAHAJA (pembelian di kaunter/ hadir tanpa janji temu adalah TIDAK dibenarkan).
  8. Sila pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat sebelum menekan HANTAR. Tiada pembetulan ke atas maklumat yang telah dihantar.
  9. Setiap transaksi vaksin COVID-19 yang telah lengkap tidak akan dibatalkan, ditukar atau dibayar balik atas apa jua kondisi. Stok vaksin yang dijual adalah tertakluk kepada ketersediaan. Semua permintaan untuk pembatalan, penukaran atau pembayaran balik tidak akan dilayan.
  10. LifeCare Diagnostic Medical Centre berhak untuk menukar terma & syarat pada bila-bila masa dan tanpa notis.
  11. LifeCare Diagnostic Medical Centre berhak untuk membatalkan mana-mana pembelian vaksin COVID-19 jika dibeli bukan atas nama syarikat yang sah atau pembelian individu.