Barah Payudara

Barah Payudara merupakan barah utama yang mengancam wanita di Malaysia dengan kajian menunjukkan seorang dalam 19 wanita akan mendapat penyakit yang ditakuti ini dalam hayat mereka.

Walaupun lelaki juga cenderung untuk mengalami kanser payudara, tetapi kadar kejadian adalah sangat kecil. Dengan kemajuan dalam teknologi diagnostik dan terapeutik, teknologi perubatan hari ini membolehkan diagnosis awal kanser payudara. Pengesanan awal gejala kanser payudara boleh meningkatkan peluang rawatan yang berjaya.

breast-cancer-word-cloud-og

Faktor risiko barah payudara

Umur
Wanita melebihi 50 tahun berada pada risiko yang lebih tinggi
Sejarah peribadi dengan
Barah Payudara
Pesakit yang sebelum ini dikenal pasti menghidap barah payudara pada sebelah payudara adalah lebih cenderung untuk mendapat barah pada payudara yang satu lagi
Sejarah peribadi dengan
barah ovari
Oleh kerana barah ovari dikaitkan dengan penggunaan hormon, sejarah barah ovari meningkatkan risiko barah payudara
Sejarah keluarga dengan
Barah Payudara
Risiko untuk mendapat barah payudara adalah lebih tinggi jika terdapat sejarah keluarga dengan barah payudara
BRCA1 atau BRCA2
Mutasi
Mutasi gen - gen ini dikaitkan dengan peningkatan risiko mendapat barah payudara
Pendedahan kepada
Hormon Estrogen
Estrogen wanita menggalakkan kanser payudara. Pendedahan jangka panjang kepada estrogen boleh meningkatkan risiko barah payudara.
Faktor gaya hidup
Obesiti, kekurangan senaman, pengambilan alkohol, pendedahan kepada radiasi tinggi.

Gejala Barah Payudara

Wanita dengan penyakit ini mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala. Akan tetapi, adalah penting untuk mendapatkan perhatian perubatan sekiranya terdapat gelaja - gejala berikut: 

  • Bonjol atau penebalan di payudara atau ketiak
  • Perubahan bentuk puting, cecair melimpah puting, atau ulser pada puting
  • Ruam merah pada payudara, yang nampak seakan - akan kulit oren
  • Sakit pada payudara

Pengesanan awal barah payudara

  • Pemeriksaan diri payudara (BSE): wanita sepatutnya memeriksa payudara mereka bagi mengesan sebarang perubahan bentuk penampilan yang lain atau bonjol abnormal yang luar biasa. Adalah penting untuk memeriksa bonjol dibawah ketiak kerana ini mungkin menunjukkan bahawa barah telah menyebar ke kelenjar limfa. Adalah dinasihatkan supaya menjalankan BSE sebulan sekali selepas kedatangan haid.
  • Mammogram: Pemeriksaan yang paling baik dalam pengesanan awal barah payudara. Ia merupakan Sinaran - X pada payudara yang boleh mengesan bonjol barah yang kecil yang mungkin tidak dikesan semasa pemeriksaan klinikal.
  • Pemeriksaan mamogram, jugsa dikenali sebagai mamografi disyorkan jika anda berumur 40 ke atas. Akan tetapi, jika anda mempunyai sejarah keluarga dengan barah payudara, adalah dinasihatkan supaya menjalankan mamografi lebih awal.
  • Wanita adalah dinasihatkan supaya menjalankan mamogram setiap 1 hingga 2 tahun, bagi wanita yang berumur 35 ke bawah, ultrasound pada payudara adalah lebih baik kerana pada umur ini, kurang tisu padat pada payudara mereka, ini akan menyebabkan mamografi kurang tepat.
  • Sitologi aspirasi jarum halus (FNAC): Ini boleh dijalankan pada bonjol yang disyaki barah. Prosedur kecil ini melibatkan pengambilan sampel tisu yang kecil daripada bonjol tersebut dan kemudiannya dihantar ke makmal untuk kajiselidik.
  • Pengimejan Resonans Magnetik (MRI): Ini adalah kaedah yang paling berhati-hati untuk mengesan kehadiran sel kanser kerana ia memberikan imej tisu lembut berkualiti tinggi. Bagaimanapun, melainkan jika doktor anda menasihatkan sebaliknya tidak semua kes perlu menjadi ujian MRI.

Rawatan Barah Payudara

Rawatan barah payudara memerlukan kerjasama doktor pelbagai bidang seperti pakar bedah, ahli radiologi dan pakar barah yang akan membuat pelan rawatan yang paling sesuai bagi setiap pesakit. Keputusan doktor bergantung kepada faktor - faktor berikut:
  • Saiz, lokasi serta ciri - ciri sel barah tersebut
  • Tahap dan penyebaran penyakit tersebut
  • Umur dan kesihatan pesakit
  • Reseptor hormon
  • Sama ada pesakit tersebut sebelum atau selepas manopaus
  • Faktor yang menunjukkan tahap penyakit tersebut seperti gen HER2

Pilihan bagi rawatan Barah Payudara

  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi
  • Terapi hormon
  • Terapi sasaran

Untuk maklumat lanjut tentang barah payudara dan pnegurusannya, diminta berunding dengan doktor anda atau hubungi kami untuk keterangan lanjut, ataupun anda boleh semak pakej - pakej kami disini.