Soalan Lazim

Penyakit jantung, strok, dan kanser masih merupakan punca utama kematian di banyak negara termasuk Malaysia. Banyak penyakit tidak mempunyai simptom terutamanya di peringkat awal. Kenal pasti faktor risiko dan pengesanan awal penyakit bagi mendapatkan rawatan yang sesuai lalu meningkatkan kadar kelangsungan hidup.

penilaian kesihatan berkala melibatkan penilaian risiko seseorang mendapat penyakit melalui sejarah, pemeriksaan fizikal dan penyiasatan diagnostik yang sesuai. Penyiasatan mungkin termasuk ujian makmal, pengimejan diagnostik, menjalankan ujian tekanan, endoskopi, dan lain-lain

Dalam pemeriksaan tertentu, anda akan perlu berpuasa selama sekurang-kurangnya 6 jam. Dibenarkan minum air kosong kecuali endoskopi bahagian atas. Kolonoskopi visual dan fiber-optik memerlukan 2 hari penyediaan usus. Sila rujuk plan kesihatan individu di laman sesawang kami untuk sebarang persediaan khusus.

Tempoh setiap pemeriksaan adalah berbeza. Senarai di bawah merupakan tempoh anggaran termasuk waktu persediaan sebelum prosedur. Tempoh imbasan sebenar di dalam kurungan:

  • Imbasan CT Koronari (Skor Kalsium Jantung) 10 minit (5 saat)
  • Imbasan CT Koronari Angiografi 30-60 minit bergantung kadar degupan jantung ( 5-10 saat)
  • Imbasan Kolonoskopi 30 minit (10 saat)
  • Imbasan MDCT Paru-Paru 10 minit (< 5 saat)

Keputusan pemeriksaan boleh siap pada hari yang sama. Laporan bertulis serta filem imbasan akan diberikan kepada anda.Doktor kami atau dokor anda akan bincangkan laporan kesihatan bersama anda.

Tiada rujukan diperlukan.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda memerlukan rundingan sebelum menjalani penilaian kesihatan tertentu, pra-perundingan dengan doktor kami boleh diaturkan.

The Lightspeed VCT mampu mengimbas sebarang organ dalam beberapa saat. Ia juga dapat menimbas imej jantung dan koronari dalam kurang daripada 5 degup jantung.

Tomography computed (CT) merupakan alat diagnostik perubatan yang membolehkan visualisasi struktur dalaman dalam tubuh manusia. Ini membantu doktor dalam mendiagnosis penyakit tertentu, melihat keabnormalan dalaman tertentu dan menilai tahap kerosakan trauma.

Imbasan CT memerlukan anda untuk berbaring di sofa imbasan, menahan nafas anda dan tidak bergerak sementara imej diperoleh. Untuk keterangan lanjut mengenai sebarang pemeriksaan imbasan, sila rujuk plan kesihatan di laman sesawang kami

Seperti prosedur perubatan yang lain, x-ray adalah selamat apabila digunakan dengan baik. Radiologi dan ahli teknologi x-ray telah dilatih untuk menggunakan jumlah minimum sinaran yang diperlukan untuk mendapatkan hasil yang diperlukan. Imbasan yang dijalankan dengan betul membawa risiko minimum dan harus dilakukan apabila ditunjukkan secara klinikal. Jumlah radiasi yang digunakan dalam kebanyakan imbasan adalah sangat kecil dan manfaatnya lebih besar daripada risiko bahaya. Sinar-X dihasilkan hanya apabila suis dihidupkan. Seperti cahaya yang boleh dilihat, tiada sinaran kekal selepas suis dimatikan.